suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mourinho Bakal Berbelanja Besar

MANCHESTER United dijangka berbelanja besar musim depan.

Dua nama besar yang disebut-sebut akan berada dalam senarai Jose Mourinho ialah Gareth Bale dan Antoine Griezmann.

Bagaimana pun masa depan Bale bergantung kepada situasi semasa di Real Madrid sehingga Mei depan.

Manakala Griezmann yang sebelum ini sememangnya sudah dikaitkan untuk ke Old Trafford musim lalu terpaksa dilupakan kerana penggantungan perpindahan pemain Atletico Madrid oleh Fifa.

Antoine Griezmann

Dilaporkan United sanggup membayar 200 juta pound untuk menebus kontrak Griezmann bersama Atletico.

Bale masih selesa dan gembira berada di Madrid.

Namun kecederaan berterusan yang berlaku memaksa kelab mencari penggantinya yang sekaligus membuat bekas pemain Spurs itu tidak tenang.

Sementara itu, turut dilaporkan dalam perhatian Mourinho adalah pemain RB Leipzig, Emil Forsberg dan Carlos Soler dari Valencia yang beraksi di bahagian tengah.

Sekiranya berjalan lancar Soler akan menggantikan  Michael Carrick yang bakal bersara dan bergandingan dengan Maroune Fellaine yang telah menyambung kontraknya bersama Mourinho.


Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Kuota Pemain Asean Liga Super

Artikel Lain