suria

Ramos ‘Mandi’ Darah

Foto: Sergio Ramos/Instagram

SERGIO Ramos memberitahu dia akan kembali ke padang pada bila-bila masa sahaja.

Kapten Los Blancos itu mengalami patah tulang hidungnya ketika beraksi bertemu Atletico Madrid Sabtu lalu.

Skuad bimbingan Zinedine Zidane ini bermain penuh pada separuh masa kedua tanpa kapten Ramos selepas dikeluarkan kerana bertembung dengan pemain Atltetico, Lucas Hernandez.

Perlawanan di Wanda Metropolitan itu menyaksikan kedua-duanya mengikat seri tanpa jaringan.

Ramos memuatnaik gambar hidung berdarah di laman Instargramnya.

Pemain antarabangsa Sepanyol menulis kepsyen:"Saya mungkin berdarah beribu kali bersama logo dan jersi ini. Terima kasih di atas sokongan. Saya akan kembali bila-bila masa masa #HalaMadrid'."

Sergio Ramos, Real Madrid

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain