suria

Masa Terbaik Manchester United Sambar Bintang Tottenham

MANCHESTER United dilapor berpeluang menyambar bintang Tottenham selepas pemain itu tidak berpuas hati terhadap ketua jurulatihnya.

Pemain pertahanan itu, Danny Rose dikatakan berang terhadap tindakan Mauricio Pochettino yang tidak membenarkan dia beraksi dalam derby utara London menentang Arsenal.

Pemain England itu mendakwa dirinya berada dalam keadaan 100 peratus cergas untuk beraksai dalam perlawanan berkenaan, lapor The Sun.

Bagaimanpun Pochettino berkata, Rose belum cergas sepenuhnya untuk perlawanan berkenaan walaupun telah kembali menjalani latihan sebelum aksi itu.

"Jika kami menang 2-0 tiada siapa akan bertanyakan kepada saya mengenai Rose.

"Ingat, kami bermain tanpa Rose selama 10 bulan, jadi kami perlu pastikan dia cergas sepenuhnya.

"Sejujurnya, saya tidak sukan dengan keadaan ini. Ia tidak baik untuk menjadikan situasi ini sebagai satu isu," jelasnya selepas Tottenham tewas kepada Arsenal.

Manchester United, Tottenham

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain