suria

Moyes Kecewa Dengan Pemain

DAVID Moyes mendedahkan beberapa pemain sengaja memberi kekecewaan kepada West Ham.

Moyes juga merayu kepada penyokong-penyokong supaya sentiasa bersama bagi menaikkan kembali imej skuad selepas tewas 2-0 kepada Watford.

Jaringan daripada Will Hughes dan Richarlison menyaksikan penyokong mula mengejek bekas pengurus Manchester United itu.

"Saya berterima kasih kerana mereka terus menyokong kami tetapi saya harapkan kami kekal bersatu (penyokong dan pemain).

"Saya memberitahu kepada pemain memang sukar untuk bermain apabila mendapat sokongan seperti itu.

"Terdapat juga pemain yang mempunyai reputasi besar yang mengecewakan saya.

"Saya tidak berpuas hari dengan prestasi dan jangkakan ianya sebenarnya lebih baik. Kami cuba kekal dengan permainan sendiri, cari peluang gol.

"Secara keseluruhannya ia tidak cukup bagus,"tambahnya.

Kekalahan itu menyebabkan West Ham kini menghampiri zon penyingkiran Liga Perdana dengan mengumpul sembilan mata daripada 12 perlawanan.

David Moyes, West Ham

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain