suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mifa Mampu Ketengahkan Pemain Ke Peringkat Tinggi

NILAI: Sukan dilihat bukan sahaja sebagai platform bagi menyatupadukan rakyat tetapi juga mampu untuk menaikkan ekonomi belia, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M. Saravanan (gambar).

Beliau berkata Persatuan Bola Sepak India Malaysia (Mifa) telah membuat perubahan besar dalam arena bola sepak negara apabila memberi peluang kepada belia untuk mengetengahkan bakat mereka selain dapat menjana pendapatan masing-masing.

"Pemain-pemain yang bermain bersama Mifa ini mampu untuk diketengahkan ke kelab-kelab bola sepak yang lain, sekali gus memberi peluang kepada pemain untuk mendapatkan pengalaman beraksi di peringkat yang lebih tinggi dan menjadikannya sebagai kerjaya.

"Saya turut percaya bahawa aktiviti sukan ini juga mampu untuk meyelesaikan gejala sosial dan gejala tidak sihat dalam kalangan belia seperti penyalahgunaan dadah dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas program Karnival Kejohanan Bola Sepak 2017 anjuran Mifa di sini, Ahad.

Sementara itu, pada kejohanan tersebut Pulau Pinang menewaskan Selangor 1-0. - Bernama


Mifa

Artikel Sebelum

Vingada Buat Beberapa Perubahan

Artikel Berikut

Artikel Lain