suria

KFA Mahu Pemain Colombia Diambil Tindakan

SEOUL: Pesatuan Bola Sepak Korea (KFA) meminta persatuan bola sepak Colombia untuk mengambil tindakan disiplin ke atas pemain kebangsaannya kerana membuat mimik rasis terhadap pemain Korea Selatan semasa perlawanan persahabatan, kata sumber pada Sabtu.

Penyerang Colombia, Edwin Cardona mengejek kapten Korea Selatan, Ki Sung-yueng dengan menyepetkan matasnya semasa perlawananan yang berlangsung pada Jumaat di Staidum Piala Dunia Suwon di selatan Seoul.

Insiden itu berlaku selepas kejadian tolak menolak yang terjadi susulan foul oleh James Rodriguez ke atas Kim Jin-su pada minit ke-63 perlawanan.

Perbuatan rasis itu dirakam menerusi televisyen Korea Selatan dan Ki berkata ia sesuatu yang 'tidak boleh diterima'.

"Kami sedang mengambil prosedur yang diperlukan di atas perbuatan tidak budiman pemain Colombia itu.

"Amalan biasa adalah memfailkan aduan dengan persatuan bola sepak yang berkaitan dan memohon tindakan disiplin diambil," kata pegawai KFA kepada Yonhap News Agency.

Kata KFA, Presiden Persekutuan Bola Sepak Colombia, Ramon Jesurun Franco menghantar surat kepada KFA untuk memohon maaf di atas perbuatan Cordona dan berjanji insiden seperti itu tidak akan berulang.

Sebagai reaksi kepada surat tersebut, KFA berkata, ia sesuatu yang memalukan untuk melihat insiden seperti itu berlaku ketika perlawanan persahabatan berlangsung.

KFA turut mahu persekutuan bola sepak terbabit mengambil tindakan sewajarnya ke atas Cordona memandangkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) mengambil serius perbuatan berbentuk rasis.

Selepas tingkah lakunya menyebabkan kemarahan kepada peminat bola sepak seluruh dunia, Cardona mengeluarkan permohonan maaf di atas tindakannya.

Dia berkata melalui sebuah video yang dimuat naik di akaun Twitter Persekutuan Bola Sepak Colombia bahawa dia tidak bermaksud menghina sesiapa, tetapi ingin memohon maaf sekiranya tindakan itu menyinggung sesiapa atau menyebabkan salah faham. - The Korea herald/Asia News Network

Persatuan Bola Sepak Korea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain