suria

Conte Tidak Tahu Masa Depan Luiz

ANTONIO Conte sukar meramalkan sama ada David Luiz ada masa depan dengan pasukan Chelsea selepas dia dikeluarkan daripada perlawanan menentang Manchester United, awal pagi Isnin.

Kata Conte sebelum perlawanan itu, keputusan untuk membenarkan Andreas Christensen bermain dan bukannya Luiz adalah satu keputusan taktikal.

Ia berikutan selepas mengalami kekalahan sebanyak tiga gol di Roma.

Luiz dipersalahkan kerana mempamerkan aksi pertahanan yang lemah dan tidak berada di bangku simpanan ketika di Stamford Bridge.

Selepas disoal selepas kemenangan 1-0 ke atas United, Conte berkata: "Saya tidak tahu (masa depan Luiz). Dia kena kerja keras atau terpaksa diletakkan di bangku simpanan."

Luiz.

Bagaimanapun, pengurus Chelsea itu memuji pemain lain yang bermain bersungguh-sungguh sepanjang perlawanan tersebut.

"Ia satu kemenangan yang penting. Apabila anda bermain menentang United, ia memang akan menjadi perlawanan yang sengit.

"Kami amat sedar bahawa pasukan ini sangat kuat. Kemenangan seperti ini sangat penting untuk keyakinan kami.

"Kami telah menunjukkan keinginan yang besar untuk menang dalam perlawanan seperti ini. Kami boleh menang atau kalah, tapi semangat kami harus seperti ini.

"Musim lalu, semangat kami adalah dalam setiap perlawanan. Kami bermula pada musim ini dengan pelbagai masalah. Kami di atas dan juga di bawah.

"Perlawanan ini menunjukkan, jika kami mahu, kami mampu," katanya kepada Sky Sports.

David Luiz, Antonio Conte

Artikel Sebelum

Bekas Pemain EPL Meninggal Dunia

Artikel Berikut

Artikel Lain