suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Morata Buat Mourinho Kecewa

ALVARO Morata membuatkan kemunculan kembali Jose Mourinho ke pasukannya sedikit 'tidak gembira' selepas Chelsea menewaskan Manchester United pada awal pagi Isnin.

Dia menjaringkan gol tunggal pada perlawanan tersebut dan menyebabkan United kecewa dengan kekalahan 1-0.

Pengurus Chelsea, Antonio Conte mengeluarkan David Luiz, namun menggantikan N'Golo Kante ke tengah padang, sementara Mourinho pula kembali ke bekas kelabnya dengan Marouane Fellaini mendapat tempat di bangku simpanan.

Kedua-dua pasukan mampu menjaringkan gol lebih daripada sekali pada babak pertama dengan Tiemoue Bakayoko, Marcus Rashford dan yang lain begitu hampir untuk merealisasikan jaringan gol.

Morata menunjukkan gaya tidak gembira selepas cubaan menjaringkan gol sekali lagi tidak berjaya. - AP

Manakala, Phil Jones pula berjaya menyelamatkan gol sendiri dengan tepisan daripada Morata.

Pada babak kedua pula, Chelsea menggasak United sehingga Morata berjaya mengawal bola tanpa gangguan selepas membolosi pertahanan kuat daripada United.

Chelsea terus cemerlang dan United memiliki dua peluang daripada Rashford dan Fellaini ketika kedua-dua pemain itu berusaha keras untuk menyelamatkan perlawanan di akhir masa.

Chelsea kekal di kedudukan keempat, namun mereka hanya satu mata di belakang United dan Tottenham Hotspur yang kedua-duanya tinggal lapan mata lagi untuk mengatasi Manchester City. - Eurosport

Alvaro Morata, Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Ligue 1 Perancis

Artikel Lain