suria

Pochettino Belum Sedia Ke Real Madrid

MAURICIO Pochettino menegaskan dia mahu membawa skuadnya beraksi di stadium baharu musim depan.

Pochettino berkata demikian selepas presiden Real Madrid Florentino Perez menunjukkan minat terhadapnya walaupun yakin dia bakal berdepan dengan pilihan sukar sekiranya tawaran tersebut benar-benar berlaku.

Bagaimana pun penyokong Tottenham Hotspur yakin hubungan baik Pochettino dengan pengerusi kelab, Daniel Levy membuatkan pengurus tersebut akan terus berada bersama mereka.

"Sebelum saya tiba di Tottenham, semua orang mengingatkan sahaja bahawa bukan mudah untuk menjalinkan hubungan baik dengan Daniel (Levy).

"Dan selepas itu, saya mendapati dia seorang yang hebat. Hari ini saya dan dia yakin serta percaya antara satu sama lain.

"Dan saya tidak terlalu fikirkan masa depan. Saya hanya fikir mengenai hari ini. Saya tidak kisah apa yang berlaku di sekeliling kerana saya gembgira dan mempunyai hubungan yang baik.

"Ia bukan mengenai kalah atau menang. Ia berkaitan dengan kepercayaan. Dan apabila kamu meraihnya di kelab ini, ia akan ada potensi dan perlu mencipta sesuatu bersama serta cuba untuk kuat dan menang.

"Saya berasa penting di sini, selesa dan gembira dengan banyak pengalaman," ujarnya.

Pengurus kelahiran Argentina itu merakamkan rekod empat musim bersama Spurs dan telah menerima sebuah Bentley daripada Levy sebagai penghargaan.

"Sangat penting bagi kami untuk membayarnya, tidak? Bayar dengan nilai yang kelab layan kami," ujarnya.

Dalam pada itu juga, Pochettino mengakui dia belum pasti apa yang berlaku di Real Madrid atau Barcelona serta di kelab lain.

"Saya tidak mahu berbohong. Saya tidak fikir mengenai esok atau musim depan kerana ia bukan bergantung kepada saya sahaja. Ia bergantung kepada keadaan," jelasnya.

Mauricio Pochettino

Artikel Sebelum

‘Mat Don’ Luah Perasaan

Artikel Berikut

Artikel Lain