suria

Mourinho Tuntut Bayar Lebih

Jose Mourinho. Foto Reuters

JOSE Mourinho menuntut kenaikan gaji sebanyak £3 juta (RM16.62 juta) berbanding tawaran semasa beliau di Manchester United.

Mourinho percaya beliau berhak untuk mendapatkan kenaikan daripada gaji setahunnya sebanyak £12 juta (RM66.47 juta).

Ejennya, Jorge Mendes telah merancang untuk mengadakan rundingan dengan naib pengerusi eksekutif kelab, Ed Woodward berhubung perkara itu.

Pengurus Manchester United itu telah membantu pasukan merangkul tiga trofi pada musim pertama beliau berkhidmat di Old Trafford.

Mourinho melihat kekuatannya sebagai pengurus kelab selepas kejuaraan Liga Europa, Piala Liga dan Community Shield pada tahun pertamanya di Manchester United.

Baru-baru ini, pengurus Chelsea itu dikaitkan dengan perpindahan ke Paris St Germain (PSG).

Bagaimanapun, Mourinho menegaskan bahawa beliau gembira berada di Manchester United. - Mirror



Jose Mourinho

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain