suria

Jangan Pandang Benfica Sebelah Mata - Bailly

Eric Bailly. Foto AFP

ERIC Bailly memberi amaran kepada Manchester United bahawa Benfica tidak begitu mudah untuk ditewaskan apabila kedua-dua kelab itu bertemu kembali dalam perlawanan Liga Juara-Juara pada malam Selasa.

Manchester United mendahului menewaskan pencabar dalam Kumpulan A sebanyak tiga kali berturut-turut.

Kelab di bawah pengurus Jose Mourinho itu turut mengalahkan Benfica, kelab di Lisbon itu dua minggu lalu, dan mendapat tempat di peringkat kalah mati sekiranya keputusan CSKA lebih baik ketika menentang Basel.

Namun Bailly yang merupakan anak didik Mourinho percaya pasukannya tidak seharusnya memandang rendah terhadap pencabarnya pada malam Selasa.

"Bagi saya, mereka (Benfica) mereka adalah pasukan yang bagus.

"Malangnya mereka tidak mendapat peluang yang baik tetapi tidak bermakna mereka boleh dikalahkan dengan mudah. 

"Kita perlu mengambil perhatian dan berusaha mendapatkan kemenangan kali keempat," ujar Bailly. - Mail Online

Eric Bailly

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain