suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Stadium MPM Venue Rasmi Perak

IPOH: Perak akan menggunakan Stadium Majlis Perbandaran Manjung (MPM), sebagai gelanggang rasmi bagi menghadapi saingan awal Liga Super 2018.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan berkata keputusan itu dibuat berikutan Stadium Perak di sini, akan dinaik taraf untuk persiapan Sukan Malaysia (Sukma) 2018 yang dijangka berlangsung pada Jun depan.

Beliau berkata kerja-kerja menaik taraf Stadium MPM yang bermula awal Jun lalu, sedang giat dijalankan dan dijangka siap selewat-lewatnya Disember tahun ini.

"Pada masa ini kita sedang buat penambahan tempat duduk penonton iaitu kapasiti sedia ada berjumlah 12,000 akan ditingkatkan kepada 15,000.

"Dalam masa yang sama, kita juga menumpukan kepada aspek padang, lampu limpah dan sistem perparitan yang terdapat di stadium tersebut mengikut spesifikasi ditetapkan," katanya kepada pemberita  selepas merasmikan Kongres Tahunan PAFA kali ke-59 pada Selasa.

Kongres itu dihadiri 54 perwakilan dan 18 anggota gabungan PAFA.

Selain itu, Abdul Puhat berkata PAFA juga sedang dalam proses membina pusat latihan khas di Chepor, di sini untuk kegunaan skuad senior, presiden dan belia Perak.

Beliau berkata pusat latihan yang dijangka siap sepenuhnya pada awal Februari tahun depan itu akan dilengkapi pelbagai kemudahan asas termasuk tempat duduk penonton.

"Pembinaan itu turut mengatasi kekangan kita yang selama ini terpaksa bertukar lokasi padang latihan sehingga menyebabkan adakalanya tumpuan pemain terganggu," katanya. -Bernama

Perak, MPM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Isteri Pochettino Cemburu

Artikel Lain