suria

Jangan 'Tambah-Tambah' Masalah Kami - Klopp

Jurgen Klopp. -fotoAFP

PENGURUS Liverpool, Jurgen Klopp menegaskan bahawa masalah yang sedang mereka hadapi terlalu diperbesarkan dan dia sudah mempunyai satu pelan tindakan untuk mengubah situasi yang mengecewakan.

Setelah mencatatkan keputusan seri 1-1 dengan Burnley minggu lalu, Klopp dilihat banyak membuat perubahan dalam skuad Piala Carabao pada Selasa menentang Leicester, yang mana mereka akan bertemu sekali lagi di Liga Perdana minggu ini.

Liverpool kini berada di posisi ketujuh liga dengan kebimbangan di barisan pertahanan apabila Dejan Lovren tidak dapat berlatih minggu ini, begitu juga Joel Matip.

Tetapi Klopp percaya keadaan itu tidaklah seburuk seperti yang digambarkan.

"Nampak macam kami langsung tak mengutip mata dan benar-benar pasukan terburuk dalam liga.

"Ya, kami ada masalah, sebab itulah kami hanya ada lapan mata, bukan 15. Kita boleh menjadikannya lebih serius daripada itu atau kita boleh menerima situasi ini seadanya.

"Saya faham 100 peratus mengapa kita berada di sini dan bercakap tentang perkara-perkara yang telah berlaku.

"Saya sudah tahu semua masalah ini atau yang mana bukan masalah dan saya telah membuat keputusan bagaimana untuk mengatasinya, tetapi jika saya banyak bercakap mengenainya, ia hanya akan jadi berita utama 'Klopp kata ini, Klopp kata itu’, ia tidak membantu kami.

"Kami ada tugas untuk dilakukan, masalah tetap sama walaupun kami mempunyai 15 mata, hanya mata yang berbeza tetapi masalahnya sama.

"Gol pertama menentang Seville mendapat reaksi yang baik, begitu juga gol melawan Burnley.

"Ini adalah sebahagian daripada minggu dengan tiga perlawanan bermula Selasa hingga Sabtu, jadi kami mempunyai satu sesi lagi, kami perlu membuktikannya pada Sabtu."

Persoalan juga timbul sama ada Klopp mempunyai watak-watak yang betul dalam skuadnya, dengan tiada lagi pemain seperti Steven Gerrard dan Jamie Carragher.

"Ya, kita mempunyai watak yang betul. Ya kadang-kadang kita bertindak balas dengan baik, kadang-kadang kita tidak bertindak dengan sempurna," katanya.

"Itulah yang selalu berlaku dan kami boleh memperbaiki setiap bahagian permainan kami. Watak tidak tetap.” -talksport

Jurgen Klopp

Artikel Sebelum

Jumpa Beckham, TMJ 'Sinis'

Artikel Berikut

Peluang United Sambar Griezmann

Artikel Lain