suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cavani Jadi Buruan

Edinson Cavani. Foto AFP

BEBERAPA kelab bola sepak di Eropah sedang menilik masa depan penyerang Paris Saint German (PSG), Edinson Cavani.

Napoli, Everton dan Chelsea merupakan antara kelab yang menyuarakan minat mereka terhadap pemain skuad kebangsaan Uruguay itu.

Ia susulan Cavani bersaing dengan rakan sepasukannya yang baharu, Neymar ketika menentang Lyon, Ahad lalu dengan kemenangan 2-0.

PSG berminat untuk mengadakan rundingan mengenai pemain mereka pada awal musim ini.

Cavani pula menyuarakan kekecewaannya sebelum ini apabila Zlatan Ibrahimovic menjadi bintang bagi kelab itu.

Di pihak Perancis kini di bawah tekanan untuk menjual pemain pada Januari bagi meredakan keadaan berdasarkan peraturan keadilan kewangan (FFP), dan berhasrat untuk mengurangkan beban seperti Lucas Moura, Angel Di Maria dan Julian Draxler.

Bagaimanapun, langkah penyerang PSG itu untuk berhijrah tidak semudah yang disangka berikutan usianya kini 30 tahun dan pilihan gajinya terhad.

Bintang itu memperoleh kira-kira £120,000 (RM678,176) seminggu selepas cukai.

Cavani juga tidak pernah menyembunyikan keinginannya untuk kembali ke Napoli. 

Pada masa sama, Juventus dan Inter Milan turut mengintai Cavani manakala Borussia Dortmund mahu seorang penyerang, dengan Pierre Emerick Aubameyang dijangka akan meninggalkan kelab itu sama ada pada Januari depan atau musim panas akan datang. - Mail Online

Edinson Cavani

Artikel Sebelum

Tiga Pemain Buat Mourinho Teruja

Artikel Berikut

Rashford Gandakan Gol Man United

Artikel Lain