suria

Neymar Tidak Endah Ralston

NEYMAR enggan bersalaman dengan Anthony Ralston selepas perang mulut dengan pemain pertahanan Celtic itu ketika Paris Saint-Germain (PSG) menundukkan pasukan tuan tumah pada aksi Liga Juara-Juara, awal pagi Rabu.

PSG menang 5-0 ke atas pasukan kendalian Brendan Rodgers dengan Neymar membuka jaringan awal pada minit ke-19.

Pemain baharu PSG, Klylian Mbappe dan Edinson Cavani meletakkan PSG terus selesa di depan dengan 3-0 sebelum kesilapan Mikael Lustig memberi kelebihan kepada pasukan lawan untuk mendahului dengan 4-0.

Cavani menjaringkan gol keduanya pada malam itu sekali gus memberikan kemenangan penuh bergaya kepada PSG.

Meskipun menang besar, Neymar menjejaskan kegembiraan penyokong PSG apabila bertengkar dengan Ralston yang ketawa di hadapan pemain Brazil itu selepas dia meraikan jaringannya.

Sebaik sahaja wisel penamat dibunyikan, Ralston dilihat mendekati Neymar dan menghulurkan tangannya tetapi tidak diendahkan bekas pemain Barcelona itu.

Celtic bagaimanapun akan berdepan tindakan disiplin selepas salah seorang penyokongnya meluru masuk ke dalam padang untuk bersemuka dengan Mbappe.

Penyokong tuan rumah cuba menendang penyerang PSG itu tetapi berjaya dihalang pengawal keselamatan.

Neymar, PSG

Artikel Sebelum

Saya Calon ‘Underdog’ - Bibi

Artikel Berikut

Pogba Direhatkan Dua Minggu

Artikel Lain