suria

Van Gaal Masih Bengang

LEBIH setahun  berlalu, Louis van Gaal masih belum melupakan saat dia dipecat dari Manchester United.

Bekas pengurus United berusia 66 tahun itu membuka mulut berbicara mengenai kegagalan kontraknya di Old Trafford sehingga dipecat.

Sepanjang dua musim menguruskan skuad United, dia hanya berjaya menjulang trofi Piala FA yang menjadi hari terakhirnya sebelum digantikan dengan Jose Mourinho.

Van Gaal meluahkan perasaannya dalam temubual bersama Algemeen Dagblad.

"Tekanan sangat besar apabila mereka membuat keputusan di belakang saya. Saya rasakan seperti sebuah drama dan banyak perkara dilakukan di belakang saya sejak Januari (2016).

"Saya faham United memilih untuk mendapatkan Mourinho. Tetapi nama Mourinho keluar selepas setahun setengah tempoh kontrak saya dan sedar mereka mahukan dia satu hari nanti.

"Mereka memberitahu mengenai pemecatan saya selepas berita itu tersebar dan ia adalah sesuatu yang amat mengecewakan dalam hidup.

"United tidak berbincang dengan saya. Jika mereka datang berbincang dengan perancangan untuk melantik Mourinho, sudah tentu saya akan berkata 'Okay, biar saya habiskan semuanya dalam tempoh enam bulan terakhir, penuhkan komitmen antara satu sama lain, dan Mourinho boleh mengambil alih'.

"Mereka boleh menjimatkan bayaran gaji saya pada tahun akhir dengan berbuat demikian, tetapi selepas apa yang berlaku, saya membuatkan mereka bayaran setiap sen."

Sehingga kini, Van Gaal masih belum menguruskan mana-mana kelab selepas Mei 2016.

Artikel Sebelum

Liverpool Tewas 5-0

Artikel Berikut

Artikel Lain