suria

Chelsea Senaraikan Costa

CHELSEA membuat keputusan mengejut dengan menyenaraikan Diego Costa dalam senarai 25 pemain skuad Liga Perdana Inggeris.

Costa yang kini berada di kampung halamannya, Lagardo, Brazil enggan kembali ke Stamford Bridge selepas isu kontroversi bersama pengurusnya Antonio Conte sejak awal musim liga.

Dalam pada itu, Atletico Madrid terus mengadakan rundingan bersama The Blues Khamis lalu bagi mendapatkan pemain itu sebelum jendela perpindahan ditutup pada Jumaat.

Bagaimana pun, pemain itu merasakan rundingan tersebut tidak akan berjaya.

Atletico masih di bawah larangan pemindahan pemain sehingga Januari ini dan Costa tidak boleh bermain untuk skuad Diego Simeone sehingga tahun depan sekiranya rundingan tersebut mencapai persetujuan.

Dan dengan sebab itulah Atletico dilihat tidak terlalu terdesak untuk membuat perjanjian tetapi tetap berbincang terhadap nilai perpindahan sebanyak 45 juta pound ini.

Diego Costa, Chelsea, Atletico Madrid

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Neymar Dedah Derita Coutinho

Artikel Lain