suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Barcelona Dedah 'Permainan' Liverpool

Albert Soler

BARCELONA mendedahkan Liverpool mahu 183 juta pound untuk melepaskan pemainnya pada hari terakhir sebelum jendela perpindahan ditutup.

Liverpool sebelum ini menolak tiga tawaran yang  dibuat oleh tiga kelab Sepanyol untuk mendapatkan Philippe Coutinho.

"Liverpool meminta 200 juta euro (183 juta pound) dan secara logiknya kami tidak terima," jelas pengarah Barcelona Albert Soler.

"Kami berterima kasih kepada pemain di atas usahanya kerana telah menunjukkan minat untuk bersama kami.

"Tetapi situasi berakhir dengan tidak ada apa yang mampu kami buat," ujarnya.

Barcelona dalam keadaan terdesak untuk mencari pemain ternama berikutan perpindahan Neymar ke Paris Saint-Germain.

Barcelona, Coutinho

Artikel Sebelum

Keputusan Kelayakan Piala Dunia

Artikel Berikut

Artikel Lain