suria

Oxlade-Chamberlain Bakal Sertai Liverpool

Alex Oxlade-Chamberlain. Foto Reuters

ALEX Oxlade-Chamberlain pada Rabu malam menjalani latihan di kem latihan England dan akan menyertai Liverpool dengan bayaran £35 juta (RM193 juta) pada Khamis.

Jurgen Klopp 'merampas' bintang Arsenal itu dari radar Chelsea selepas juara Liga Perdana Inggeris tersebut bersetuju dengan perjanjian mereka untuk menandatangani Oxlade-Chamberlain awal minggu ini.

Tetapi seperti yang didedahkan oleh Sportsmail pada Rabu, pemain berusia 24 tahun itu dalam perpindahan ke Stamford Bridge apabila Liverpool sedia untuk merampasnya.

Pengurusan Chelsea berang dengan Oxlade-Chamberlain yang tidak mengedahkan usaha mereka untuk mendapatkan pemain itu.

Chelsea bagaimanapun sedang mengejar penyerang Swansea, Fer-nando Llorente.

Sebagai syarat, Oxlade-Chamberlain perlu meluluskan pemeriksaan perubatannya, dan dia dijangka menandatangani kontrak selama lima tahun. 

Penyerang England itu bakal memperoleh £120,000 (RM662,010) seminggu di Anfield, iaitu kurang £60,000 (RM331,005) seminggu daripada tawaran Arsenal menerusi perjanjian baharu. - Mail Online

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Rundingan Buat Costa

Artikel Lain