suria

Dortmund Pun Tolak Tawaran Barcelona

Ousmane Dembele

PUNAH harapan Barcelona untuk mendapatkan pemain Ousmane Dembele.

Ini kerana kertas cadangan yang mereka kemukakan tidak dipersetujui oleh Borussia Dortmund yang bertanggungjawab ke atas Dembele.

Sebelum ini tawaran Barca untuk mendapatkan Philippe Coutinho dilaporkan turut ditolak oleh Liverpool.

Dembele menjadi salah seorang daripada sasaran utama Barcelona selepas Neymar dilepaskan kepada Paris Saint-Germain minggu lalu.

Perpindahan Neymar telah mencatatkan rekod dunia sebagai pemain termahal dengan nilai €222 juta.

Membuatkan spekulasi perpindahan Dembele semakin kuat apabila dia tidak menjalani latihan pada Khamis.

Namun spekulasi itu terus dipatahkan oleh jurulatih Dortmund Peter Bosz yang sudah bertemu dengan perwakilan Barcelona.

"Dalam pertemuan itu, wakil Barcelona membuat penawaran yang keseluruhannya tidak setanding dengan kemampuan pemain yang luar biasa ini dan juga dengan situasi yuran perpindahan Eropah pada masa ini.

"Jadi kami memutuskan menolak tawaran tersebut," kata Bosz memetik Soccerway.

"Oleh kerana tidak ada tawaran lain, maka perpindahan pemain ini ke Barcelona tidak mungkin akan berlaku," tambahnya.

Dembele yang baru berusia 20 tahun telah bermain untuk Dortmund sebanyak 49 kali musim lalu.

Sumbangannya dilihat cukup baik dengan 10 gol dan 21 assist.

Pada awal minggu ini pimpinan eksekutif Dortmund Hans-Joachim Watzke berkata Dembele telah ditawarkan pada harga €100 juta euro.

Namun jumlah itu dilihatnya tidak cukup kerana Dortmund meletakkan harga sehingga €135 juta untuk pemain tersebut.

Ousmane Dembele

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Neymar Masih Tak 'Selamat'

Artikel Lain