suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selangkah Lagi Bakayoko Ke Chelsea

Tiemoue Bakayoko. Foto Instagram bakayoko_official14

TIEMOUE Bakayoko dilaporkan ke London pada petang Khamis bagi melangkah ke Chelsea.

Pemain tengah itu bakal berhijrah dari Monaco ke The Blues selepas akhirnya mencapai persetujuan untuk menandatangani kontrak.

Bakayoko berkongsi gambar dirinya sendiri dalam perjalanan ke England dengan keadaan duduk sambil meletakkan akhbar Daily Mail di hadapannya.

Beliau kemudiannya berkongsi satu lagi gambar dirinya dalam perjalanan termasuk senaskah buku frasa bahasa Inggeris.

Pada petang Khamis, Bakayoko turut memuat naik gambar di akaun Instagramnya, menunjukkan penyerahan trofi yang disampaikannya kepada seorang pemain muda yang memakai baju Chelsea.

Dilaporkan, juara Liga Perdana Inggeris, Chelsea akan menawarkan £40 juta (RM222 juta) dan tambahan bayaran kepada Bakoyoko yang dijadualkan menjalani pemeriksaan pada Jumaat. - Mail Online

Artikel Sebelum

Lagi Cubaan Buru De Gea

Artikel Berikut

Keputusan Liga Europa

Artikel Lain