suria

Pemain Kelahiran KL Sertai Kelab Amerika Syarikat

Kuzain menjadi pemain sepenuh masa untuk kelab Swope Park Rangers. Foto kredit: SportingKC.

PETALING JAYA: Swope Park Rangers (SPR) mengikat pemain campuran Malaysia-Amerika Wan Kuzain Wan Kamal sebagai pemain tetap dalam saingan Liga Bolasepak United (USL) di Amerika Syarikat (AS).

Pemain berusia 18 tahun kelahiran Kuala Lumpur ini mengakui gembira bergelar pemain profesional bersama kelab AS.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pengurusan  Sporting Kansas City dan Swope Park Rangers yang mempercayai diri saya.

"Saya sangat bersedia untuk bekerja di sini," jelas Kuzain di laman Twitter miliknya, LeKuz7.

Kuzain yang digelar 'Messi Amerika' membuat penampilan pertamanya bersama Rangers pada 25 Mac lalu.

Aksi Kuzain (biru) bersama SPR sebelum ini. Foto kredit: Swope Park Rangers

Menurut lawan web rasmi kelab,  Kuzain diikat sebagai pemain tengah sepenuh masa bermula pertengahan tahun ini.

Sebelum ini Kuzain yang bermain untuk Universiti Akron hanya tampil sebagai pemain kontrak sahaja bermula awal 2017.

Menurut Popovic, Kuzain merupakan prospek terbaik yang dilahirnya dari Akademi SPW.

"Dia menunjukkan permainan yang bijak dalam perlawanan, dia adalah yang terpantas dan saya percaya jika kita bagi masa kepadanya dalam suasana kompetitif seperti di Wsope Park Rangers, dia akan pemain tumpuan pada depan," jelasnya di www.sportingkc.com.

Untuk rekod, Kuzain telah membuat dua penampilan bersama Swope Park Rangers ketika bertemu OKC Energy FC dan Portland Timbers.

Kuzain mula menyertai Akademi Sporting KC pada Ogos 2016 selepas menghabis beberapa tahun bersama Kelab St. Louis Scott Gallagher. Malah dia juga merupakan pemain kebangsaan Amerika Syarikat Bawah 17 Tahun.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain