suria

Carrick Kapten Baharu Manchester United

PEMAIN senior Manchester United, Michael Carrick mengambil alih lilitan kapten pasukan.

Pemain tengah itu bakal menggantikan Wayne Rooney yang kembali menyertai kelab lamanya, Everton.

"Ia satu penghargaan bergelar kapten untuk sebuah pasukan yang besar ini," jelasnya kepada MUTV.

"Tahun ke-12 di sini selepas tiba pada usia 25 tahun. Saya tidak pernah terfikir akan berada selama ini dan mencapai pelbagai kejayaan.

"Saya hanya menjadi diri sendiri, dan anda tidak boleh mengubahnya. Satu kesilapan jika anda berubah selepas memegang sesuatu peranan dengan menjerit dan memarahi semua orang ataupun mengajar apa yang perlu dibuat.

"Saya akan bercakap apabila perlu dan akan cuba menjadi contoh apabila mengetuai skuad ini."

Carrick telah merekodkan 459 penampilan dan menjaringkan 24  gol bersama United.

Pada Mei lalu, dia ditawarkan kontrak sambungan selama setahun untuk terus beraksi di Old Trafford musim depan.

Michael Carrick

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain