suria

Prestasi Merosot, Bayern Pinjam Rodriguez

SELEPAS kedudukannya jatuh di Real Madrid, James Rodriguez (gambar) bersedia untuk dipinjam Bayern Munich selama dua tahun.

Bayern telah bersetuju untuk menandatangani Rodriguez dari Real Madrid, dengan kuasa pembelian terletak pada juara Bundesliga itu.

Pemain berusia 25 tahun tersebut akan bersatu semula dengan Carlo Ancelotti di Allianz Arena, dengan pemain Itali itu membawa Rodriguez ke ibu kota Sepanyol selepas mempamerkannya persembahan hebat di Piala Dunia 2014.

Kedudukan Rodriguez jatuh di Santiago Bernabeu selepas Zinedine Zidane muncul sebagai ketua jurulatih pada Januari 2016.

Dia juga tersisih daripada kemenangan akhir Liga Juara-Juara musim lalu, mendorong spekulasi baharu bahawa bintang dari Colombia itu akan meninggalkan kelab berkenaan.

Pengerusi Bayern, Karl-Heinz Rummenigge menyatakan bahawa kos pinjaman Rodriguez akan bernilai sebanyak 5 juta Euro (RM24 juta) setiap tahun.

Manakala tambahan sebanyak 35 juta Euro (RM171 juta) lagi untuk menjadikan perpindahan itu tetap. - Fotmob

James Rodriguez, Bayern Munich

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain