suria

United Mahu Cantas Chelsea...Sekali Lagi

ROMELU Lukaku belum lagi bergelar sebagai pemain rasmi Manchester United, tetapi Jose Mourinho sekali lagi mahu mengecewakan kelab lamanya, Chelsea.

Selepas merampas Lukaku daripada juara Liga Perdana Inggeris itu, Mourinho dilapor mahu merampas seorang lagi pemain sasaran Chelsea, Tiemoue Bakayoko dari AS Monaco.

Bakayoko disebut-sebut menjadi pemain pilihan utama bos The Blues, Antonio Conte pada jendela perpindahan kali ini, tetapi Mourinho sedia 'menewaskan' Chelsea sekali lagi apabila bidaan terhadap pemain itu telah dipersetujui United.

Menurut laporan ESPN FC, United menawarkan 35 juta pound sterling untuk pemain berusia 22 tahun itu bagi memperkukuhkan posisi tengah menjelang musim baharu Liga Perdana Inggeris.

Bakayoko menarik perhatian beberapa kelab gergasi Eropah susulan penampilan cemerlang sepanjang musim lalu apabila membantu Monaco muncul juara Ligue 1 dan mencapai saingan separuh akhir Liga Juara-Juara.

United dikhabarkan mahu mendapatkan Bakayoko selepas Chelsea enggan melepaskan Nemanja Matic yang mahu bersama semula dengan Mourinho di United.

Manchester United, Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Spurs Nafi Dibeli Pemilik FB

Artikel Lain