suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Giroud Kekal?

MASA depan Olivier Giroud bersama Arsenal sekali lagi menjadi tanda tanya apabila Arsene Wenger mengambil keputusan yang mengejutkan ramai penyokong kelab itu.

Ini kerana penyerang berusia 30 tahun itu disenarai dalam 25 pemain yang menyertai latihan pramusim di Australia dan China pada bulan ini.

Perkembangan itu sekali gus mengenepikan spekulasi bahawa Giroud akan meninggalkan Arsenal selepas dikaitkan dengan perpindahan ke Everton, Marseille dan West Ham United.

Wenger yang turut menamakan Mesut Ozil dan pemain baharu, Alexandre Lacazette dalam senarai tersebut, memberi bayangan bahawa penyerang kelahiran Perancis itu akan kekal bersama The Gunners.

Giroud sebelum ini menyatakan hasrat untuk beraksi pada Piala Dunia 2018 dan mahu beraksi lebih kerap selepas menyedari kehadiran Lacazette akan mengehadkan peluangnya sebagai pemain kesebelasan utama.

Namun dia juga bersedia untuk kekal dan merebut tempat sebagai pilihan utama Wenger. - Mirror.uk

Arsenal, Olivier Giroud

Artikel Sebelum

Pesanan Mourinho Buat Rooney

Artikel Berikut

Artikel Lain