suria

Chelsea Perkenal Kit Nike Terbaharu

CHELSEA perkenalkan kit 'home' dan 'away' terbaharu buat kali pertama dengan jenama pakaian sukan terkenal Nike.

Bermula musim baharu 2017-2018, Chelsea akan memakai kit Nike dengan rekaan lebih klasik, dengan warna kebanggaan kelab iaitu biru yang dilihat lebih 'mantap' dan merupakan warna asal jersi ketika era 1970-an. Manakala, jersi tempat lawan juga kekal berwarna putih.


The Blues menamatkan perjanjian kontrak tajaan bersama Adidas lebih awal pada Mei lalu selepas kedua-dua pihak mendapat persetujuan bersama setelah 11 tahun menggunakan jenama pakaian sukan dari Jerman itu.

Namun musim baharu ini ternyata memberi sedikit kelaian kepada skuad Chelsea dengan tajaan Nike yang telah menyelesaikan baki kontrak Adidas bersama kelab sebelum ini.

Nike mengikat kontrak tajaan bersama Chelsea selama 15 tahun dengan nilai 60 juta pound setahun.


Selain itu Chelsea turut mempunyai kontrak tajaan bersama Yokohama Tyre berjumlah 200 juta pound sebagai penaja utama pasukan.

Nike, Chelsea

Artikel Sebelum

Keputusan Piala Konfederasi

Artikel Berikut

Artikel Lain