suria

Mourinho Sedang Bengang!

Jose Mourinho

JOSE Mourinho dilaporkan sedang bengang di Manchester United apabila naib pengerusi eksekutif Ed Woodward masih gagal membawa masuk pemain yang disasarkannya pada musim panas ini.

The Red Devils hanya menandatangani pemain berasal dari Sweden, Victor Lindelof setakat ini, dalam perpindahan bernilai £31 juta.

Tetapi, pemain dari Benfica itu hanyalah seorang daripada empat sasaran utama Mourinho.

United juga mahu mendapatkan pemain tengah Chelsea, Nemanja Matic, penyerang Real Madrid, Alvaro Morata dan pemain sayap Inter Milan, Ivan Perisic dalam usaha Mourinho untuk merombak pasukannya musim lalu.

Mourinho hanya dapat membawa kelab berada di tangga keenam dalam Liga Perdana Inggeris, walaupun mereka boleh berbangga dengan Piala Perisai Komuniti, Piala EFL dan layak ke Liga Juara-Juara Eropah dengan mengalahkan Ajax dalam final Liga Europa.

Namun, Chelsea menamatkan saingan musim lalu dengan 24 mata di hadapan dan Mourinho semakin tidak sabar dengan kelab itu yang dilihat gagal memperkukuhkan pasukannya.

Menurut The Sun, bekas pengurus Chelsea itu sangat berminat untuk membawa Morata dari Madrid selepas pemergian penjaring terbanyak, Zlatan Ibrahimovic yang mengakhiri kontraknya.

Bagaimanapun, United bergelut untuk mencapai persetujuan bagi mendapatkan pemain antarabangsa Sepanyol itu kerana Madrid mahukan £80 juta untuk melepaskan pemain tersebut.

Jose Mourinho, Ed Woodward

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain