suria

Sanchez Belum Pasti Kekal Di Arsenal

ALEXIS Sanchez enggan mendedahkan ke mana arah tujunya musim depan.

Penyerang Arsenal itu dilapor akan meninggalkan Stadium Emirates musim baharu ini, biarpun kontraknya masih berbaki 12 bulan.

Sanchez,28, merakamkan 30 gol untuk The Gunners musim lalu namun ternyata dia kecewa selepas menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris ditangga kelima keseluruhan.

Bekas pemain Barcelona itu dikaitkan dengan Manchester City dan juga Bayern Munich.

Namun Sanchez yang kini bersama skuad kebangsaan Chile menjelang perlawanan menentang Jerman bagi saingan Piala Konfederasi.

"Buat masa sekarang saya hanya fokus kepada Piala Konfederasi.

"Selepas kejohanan ini, saya akan fikirkan sama ada untuk kekal (Arsenal) atau pergi ke tempat lain. Saya tidak tahu.

"Bagaimanapun Sanchez mengesahkan dia sudah ada jawapan mengenai masa depannya kelak.

"Ya, sudah jelas tetapi saya tidak boleh beritahu anda".

Alexis Sanchez

Artikel Sebelum

Terry Ke Aston Villa?

Artikel Berikut

Artikel Lain