suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terry Umum Kelab Baharu

JOHN Terry bakal memutuskan masa depannya minggu ini.

Bekas pemain pertahanan Chelsea itu dijangka akan memilih kelab untuk meneruskan kariernya selepas kontrak di Stamford Bridge yang rasminya berakhir minggu ini.

Biarpun sudah layak digelar pemain legenda, bekas kapten England berusia 36 tahun itu masih belum puas untuk menunjukkan aksi pantasnya di padang.

Terry yang menyarung jersi The Blues sejak 1998 menjadi pilihan beberapa kelab Inggeris termasuk Aston Villa, Bournemouth, Swansea City, Stoke dan West Brom.

Pemain yang memakai jersi bernombor 26 bersama Chelsea sebelum ini ditawarkan kontrak selama setahun oleh Villa, malah ianya dijangka menjadi salah satu kelab pilihan Terry.

Sebagai rekod, Terry merupakan pemain pertahanan yang paling banyak menjaringkan gol ketika bersama Chelsea.

John Terry

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain