suria

Bapa Mourinho Meninggal Dunia

Mourinho bersama bapanya, Felix.

PENGURUS Manchester United tiba di Portugal bagi menghadiri majlis pengebumian bapanya.

Mourinho dilihat berada di Setubal bersama ahli keluarganya serta kawan-kawan dalam majlis penghormatan terakhir bapanya, Jose Manuel Mourinho Felix yang meninggal dunia pada usia 79 tahun.

Mendiang meninggal dunia Ahad selepas menghadapi masalah kesihatan sejak beberapa bulan lalu.

Felix merupakan bekas pemain bola sepak bersama kelab pertamanya Vitoria Setubal dan Belenenses serta merakamkan rekod 274 penampilan dalam liga Portugal di antara tahun 1955 dan 1974.

Dia mencatat satu kap kebangsaan ketika aksi Piala Kebebasan di Brazil menentang Republik Ireland pada tahun 1972.


Selepas bersara sebagai pemain, Felix mengambil alih tugas sebagai jurulatih di beberapa kelab termasuk Uniao Leiria, Amora, Rio Ave, Belenenses dan Vitoria.

Sementara itu, Mourinho dilaporkan kerap berulang alik dari Manchester United ke Setubal berkongsi perasaan sedihnya dengan berkongsi gambar hitam putih di laman Instagramnya pada Isnin.

Jose Mourinho

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain