suria

Bale Tidak Boleh Disentuh

REAL Madrid tidak akan membenarkan pemain paling mahal dalam rekod perpindahan dunia meninggalkan kelab itu.

Kelab Los Blancos itu mendedahkan pihaknya tidak akan melepaskan Gareth Bale dan menganggap pemain itu tidak boleh disentuh.

Bale yang terpaksa diketepikan pada aksi akhir Liga Juara-Juara baru-baru ini kerana kecederaan dicadangkan supaya diberi kebebasan untuk berpindah.

Pemain  antarabangsa Wales itu dikaitkan dengan perpindahan kerana kelab itu mencari penyerang yang lebih berbisa.

Bagaimanapun, media Sepanyol mendedahkan bahawa pengurus kelab Zinedine Zidane tidak akan membuka pintu untuk bidaan terhadap Bale.

"Bale tidak akan pergi ke mana-mana dan kini dalam persiapan untuk musim depan dalam mempertahankan gelaran La Liga serta Liga Juara-Juara".

Kontrak Bale bersama Madrid berakhir pada 2022 selepas dia menyambung khidmatnya musim lalu.

Pemain berusia 27 tahun itu berpindah dari Tottenham Hotspur pada tahun 2013 dengan rekod perpindahan 86 juta pound (RM469.23 juta).

Sebelum ini laporan mendedahkan Parist Saint-Germain sedia untuk melamar Bale.

Gareth Bale

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain