suria

De Boer Pengurus Baharu Crystal Palace

CRYSTAL Palace mengumumkan pengurus baharu yang merupakan bekas pengendali Ajax.

Frank de Boer dilantik sebagai pengurus baharu kelab The Eagles itu dengan kontrak selama tiga tahun.

Rekod De Boer tidak perlu dipertikaikan lagi dengan kejayaan sebagai pemain dengan membantu memenangi 112 kap untuk Belanda serta bersama Ajax, Barcelona dan Rangers.

De Boer mengambil alih tugas Sam Allardyce yang meletak jawatan hujung musim lalu selepas mengeluarkan Palace daripada zon bahaya.

Menurut pengerusi kelab, pelantikan De Boer dibuat selepas mengambil kira pengalaman dan latar belakang pengurus tersebut.

"Kami memastikan posisi ini diisi oleh individu yang berkaliber dan berpengalaman.

"Saya mengalu-alukannya ke Crystal Palace dan sedar dia tidak sabar lagi untuk memulakan musim baharu dan melakukan persiapan untuk berada di tangga kelima musim depan," jelas Steve Parish.

Crystal Palace

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain