suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

White Hart Lane Akhirnya Ditutup

STADIUM White Hart Lane akhirnya ditutup, kurang daripada 24 jam selepas aksi terakhir liga di laman sendiri dengan kemenangan 2-1 ke atas Manchester United, awal pagi Isnin.

Tottenham Hotspur tidak mengambil masa lama untuk 'membersihkan' stadium yang menjadi kebanggaan sejak 1899 bagi memberi laluan kepada arena baharu yang lebih besar dengan kapasiti 61,559 penonton di sebelahnya.


Kelab secara rasminya telah menyerah kunci stadium kepada kontraktor bagi meneruskan pembinaan stadium  baharu mereka.

Jelas penyerang Spurs, Harry Kane: "Pengakhiran yang bermakna. Kami sememangnya mahukan kemenangan pada perlawanan terakhir di sini".

Penonton-penonton mengambil peluang bergambar buat kali terakhir sebelum White Hart Lane ditutup sepenuhnya.

Spurs bakal bermain di Stadium Wembley musim depan sementara menunggu stadiumn baharunya yang dijangka disiap sepenuhnya bagi musim 2018-19.

White Hart Lane

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain