suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

LBR: Serian FA Selangkah Rangkul Kejuaraan

KOTA BHARU: Pasukan Serian FA dari Sarawak selangkah menuju kejuaraan apabila mengumpul tiga mata penuh selepas menewaskan Gua Musang FA (Kelantan) 1-0 dalam perlawanan pertama pusingan akhir Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini pada Sabtu.

Penyerang Serian FA Mahadi Razak muncul wira pasukan pelawat apabila berjaya menjaringkan gol menerusi percubaan dari luar kotak penalti sekaligus menewaskan penjaga gol tuan rumah Mohamad Alif Haikal pada minit ke-48.

Beberapa percubaan dilakukan oleh pemain tuan rumah bagaimanapun gagal menembusi benteng kebal pelawat bagi mengurangkan jumlah defisit mata.

Ia berikutan strategi pelawat yang terus mempertahankan kubu mereka bagi mengekalkan tiga mata berharga yang dipungut pasukan itu walaupun diasak oleh penyerang tuan rumah.

Jaringan tunggal tersebut sekaligus memberi kelebihan kepada Serian FA dalam pusingan timbal balas yang dijadualkan berlangsung di Stadium Negeri, Kuching pada 21 Mei depan. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain