suria

Man United Patut Rasa Malu - Roy Keane

MANCHESTER United sepatutnya berasa malu apabila ketinggalan jauh daripada pendahulu liga Chelsea, jelas Roy Keane.

Skuad kendalian Jose Mourinho itu kini berada di kedudukan keenam liga selepas tewas 2-0 kepada Arsenal pada Ahad, sekaligus bayangan untuk berada di tangga keempat bagi kelayakan Liga Juara-Juara agak kabur.

Malah harapan terbaik yang masih ada ialah dengan menjuarai Liga Europa selepas menang 1-0 kepada Celta Vigo minggu lalu pada aksi separuh akhir pertama.

Bekas kapten United itu yakin bahawa mereka perlu menjuarai kejohanan tersebut.

"Mereka tidak ada alasan kenapa tidak boleh melakukannya (juara Liga Europa)," jelas Keane kepada ITV.

Bekas pemain berusia 45 tahun itu menolak dakwaan bahawa musim ini sudah cukup baik jika menjuarai dua trofi - Piala Liga serta Liga Europa.

"Saya tidak bersetuju. Saya tidak peduli. Bagi kelab seperti Manchester United, menjuarai Piala Liga dan Liga Europa sememangnya sudah dijangkakan.

"Tetapi berada di kedudukan yang agak jauh daripada pendahulu liga, ia amat memalukan. Lebih-lebih lagi dengan pemain-pemain dan wang yang telah dibelanjakan.

"Dia (Mourinho) banyak memberi alasan kosong sejak beberapa bulan lalu.

"Sembilan belas mata ketinggalan dengan Chelsea, saya rasakan pengurus dan pemain perlu ada rasa malu".

Roy Keane, Manchester United

Artikel Lain