suria

Perubahan Bermula, Mario Gomez Ganti Ong Kim Swee

Mario Gomez

PETALING JAYA: Mario Gomez mengambil alih tugas Datuk Ong Kim Swee sebagai ketua jurulatih bola sepak kebangsaan.

Manakala Kim Swee kembali menggalas tugasnya sebelum ini menguruskan skuad Bawah 23 Tahun negara.

Pengumuman tersebut dibuat oleh presiden baharu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebaik sahaja Kongres FAM berakhir.

Dalam pada itu, mengenai kedudukan ketua jurulatih skuad B-22 Tahun, Frank Bernhart, Tunku Ismail memberitahu beliau akan berbincang mengenainya selepas ini.

Selain itu, Tunku Ismail turut memberitahu perancangan jangka pendek dan panjang akan terus bermula dengan segera.

"Perkara pertama yang saya akan buat ialah meneliti kewangan FAM yang ada sekarang.

"Seterusnya akan merombak skuad kebangsaan termasuk pemain, jurulatih dan sebagainya," jelasnya pada sidang media.

FAm, JDT, Malaysia

Artikel Berikut

PDRM Dapat Stadium

Artikel Lain