suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hatrik Paulinho Malukan Uruguay

MONTEVIDEO, Uruguay: Brazil bangkit daripada ketinggalan 1-0 dengan membelasah Uruguay 4-1 dalam saingan kelayakan Piala Dunia pagi ini.

Dalam perlawanan tersebut, Paulinho muncul sebagai hero skuad samba selepas meledakkan hatrik  bagi mengukuhkan kedudukan untuk melangkah ke pusingan akhir Piala Dunia di Rusia.

"Kami berusaha setiap hari dan kemenangan ini bukan 'nasib'. Kami juga telah bermain dengan baik untuk mencaipta kejayaan.

"Kami berada di belakang (ketinggalan 1-0), tetapi kami kekalkan tumpuan untuk mengubah kedudukan.

"Sekarang kami perlu kekalkan momentum ini dan saya pasti pasukan ini mampu memberikan yang lebih baik," kata Paulinho.

Sementara itu, di Buenos Aires, Argentina berjaya menghidupkan semula peluang ke pusingan akhir selepas menang tipis 1-0 ke atas Chile.

Ketua pasukan, Lionel Messi menebus kekecewaan sebelum ini dengan menjaringkan gol tunggal selepas skuad itu dihadiahkan sepakan penalti.

Kemenangan itu merealisasikan harapan Argentina untuk mendapatkan tiga mata daripada perlawanan tersebut walaupun berdepan Chile.

Brazil, Uruguay

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain