suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Piala FA: TCH Susun 'Jerat' Baru

PENGENDALI Kedah, Tan Cheng Hoe akan membuat percaturan semula dalam kesebelasan utama skuad hijau kuning sebelum menerima kunjungan Kuala lumpur dalam saingan Piala FA di Stadium Darul Aman pada Selasa.

Menurutnya, penilaian itu dibuat bagi membentuk kesebelasan utama terbaik dalam misi memburu kemenangan.

Jelasnya, selepas Kedah berjaya menewaskan Pahang dalam Liga Super baru-baru ini, perubahan perlu dibuat bagi memastikan pemain tidak letih atau penat untuk mempertahankan kemenangan di gelanggan sendiri.

"Saya akan menilai semula kemampuan pemain. Mungkin ada pemain yang perlu direhatkan dan diganti dengan pemain lain yang lebih bertenaga.

"Kita akan buat dua atau tiga perubahan mengikut situasi dan kecergasan pemain. Kesebelasan utama akan hanya ditentukan sebelum perlawanan bermula selepas membuat penilaian daripada pelbagai sudut.

"Pertukaran ini bukan bermakna saya memperkecilkan kemampuan Kuala Lumpur, tetapi ia penting bagi memastikan skuad yang akan beraksi nanti tidak letih dan penat untuk berdepan Kelantan dalam saingan Liga Super di Kota Baru selepas ini.

"Pada masa sama kita juga dapat memberi peluang kepada pemain simpanan umtuk membuktikan kemampuan masing-masing dan merebut slot dalam kesebelasan utama bagi perlawanan penting," katanya kepada mStar Online.

Cheng Hoe menambah, semua pemain kini berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami kecederaan serius yang perlu diketepikan.

Oleh itu, beliau berkata, Kedah mempunyai banyak pilihan untuk meneruskan misi tanpa kalah dan usaha untuk bergelar juara.

"Bagi perlawanan ini, pemain perlu memberi tumpuan sepenuhnya kerana Kuala Lumpur juga sebuah pasukan yang hebat dan berada di puncak Liga Premier.

"Apa yang saya harapkan daripada pemain ialah meneruskan rentak seperti yang dipamerkan ketika menentang Pahang.

"Jangan sia-siakan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri yang dipenuhi dengan penyokong-penyokong yang menjadi kekuatan kami selama ini," jelasnya.

Kedah, Kuala Lumpur, Piala FA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Jadual Liga Juara-Juara

Artikel Lain