suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

EPL: Man United Lakar Sejarah Kumpul Mata Tertinggi

MANCHESTER United mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi kelab Liga Perdana Inggeris yang pertama mencatat 2,000 mata keseluruhan selepas menang 2-0 ke atas Watford dalam aksi lewat Sabtu malam.

Dua gol Red Devils yang dijaringkan Anthony Martial dan Juan Mata turut menyaksikan rekod tanpa kalah 16 perlawanan terakhir.

Sejak 1992, United telah mengumpul 1997 mata sebelum menang ke atas Hornets.

Dan dengan menjuarai 13 gelaran sepanjang tempoh itu, tidak mengejutkan mereka mengumpul 949 mata dalam setiap perlawanan.

United mencatat kemenangan 599 dan seri 203 kali bagi melengkapkan jumlah 2000 mata kesemuanya.

Sementara itu, Arsenal menghampiri jumlah itu dengan 1797, diikuti Chelsea 1755 mata.

Artikel Berikut

Artikel Lain