suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Conte Bakal Ditawar Gaji Sekali Ganda Jika Chelsea Juara EPL

Antonio Conte. Foto Reuters

PEMILIK Chelsea, Roman Abramovich dikatakan bakal menyediakan kontrak baharu yang lebih baik buat pengurus Antonio Conte sekiranya beliau boleh membuatkan pasukan itu menjuarai Liga Perdana Inggeris.

Jika Chelsea bergelar juara, ia merupakan gelaran kelima dalam tempoh 13 tahun buat Abramovich.

Ia juga akan melepasi sasaran Conte untuk menjadi empat teratas dan menamatkan musim pertamanya dengan pencapaian yang luar biasa.

Conte mendapat bayaran £6.5 juta (RM36.03 juta) setahun dan beliau baharu sahaja berkhidmat selama lapan bulan menerusi kontrak tiga tahun yang ditandatanganinya tahun lalu.

Bagaimanapun, khabar angin hangat memperkatakan bahawa hartawan itu sedia menawarkan bayaran hampir sekali ganda kepada Conte.

Setakat ini, pengurus Manchester United, Jose Mourinho dan pengurus Manchester City, Pep Guardiola merupakan pengurus yang mendapat bayaran paling tinggi dalam bola sepak Inggeris, dianggarkan kira-kira £15 juta (RM83.14 juta) setahun. - Mail Online


Antonio Conte

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain