suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemain Atletico Madrid Ditahan Serang Teman Wanita

Lucas Hernandez
PEMAIN Atletico Madrid Lucas Hernandez telah ditahan kerana disyaki melakukan keganasan terhadap teman wanitanya, Jumaat.

Akhbar Sepanyol, El Mundo melaporkan bahawa pemain pertahanan itu tiba di rumah dalam keadaan mabuk, di mana sebelum itu teman wanitanya terpaksa dipindahkan ke hospital tempatan disebabkan kecederaan yang dialami.

Walaupun kecederaan yang dialami dikatakan tidak serius dan teman wanitanya itu setakat ini belum melaporkan sebarang salah laku Hernandez kepada polis, pemain dari Perancis itu terus ditahan oleh pihak berkuasa.

Hernandez, 20, yang lahir dari akademi belia Rojiblancos, ditahan pada kira-kira pukul 2.30 pagi Jumaat.

Hernandez telah bermain sebanyak 11 kali untuk Atletico pada musim ini, setelah membuat penampilan pertama untuk kelab itu dalam Copa del Rey menentang L'Hospitalet pada Disember 2014.
Lucas Hernandez, keganasan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Liga Perdana 2017

Artikel Lain