suria

Neymar Hanya Tunggu Masa Jadi Pemain Terbaik Dunia - Ronaldinho

Neymar
LEGENDA Brazil Ronaldinho berkata Neymar hanya menunggu masa untuk dianggap sebagai pemain terbaik di dunia.

Neymar, 24, terlepas tiga tempat teratas untuk anugerah Ballon d'Or tahun ini di belakang pemenang Cristiano Ronaldo, rakan sepasukan Lionel Messi dan Antoine Griezmann dari Atletico Madrid.

Tetapi Ronaldinho menegaskan bahawa pemain yang sama negara dengannya itu  hanya perlu bersabar.

"Saya fikir dia sudah menjadi antara yang terbaik di dunia, satu hari dia akan menjadi yang terbaik di dunia," katanya kepada ESPN FC di padang latihan PSG.

"Kami rakyat Brazil sedang menunggu saat-saat itu kerana dia adalah idola untuk bola sepak Brazil. Dia seorang sahabat baik, hanya masa yang dapat menentukan bila dia akan menjadi yang terbaik di dunia."

Seorang lagi pemain yang menarik perhatian bekas bintang PSG, Milan dan Barcelona ini adalah pemain Liverpool Philippe Coutinho yang dikaitkan dengan Camp Nou sebelum menandatangani kontrak baharu selama lima tahun minggu lepas.

"Saya banyak mengaguminya. Dia mempunyai banyak bakat," kata Ronaldinho.

"Saya mengenali dirinya selama bertahun-tahun dan dia membuktikan bahawa dia boleh bermain di mana sahaja di dunia. Dia boleh bermain di Perancis, dia telah membuktikannya. Dia boleh bermain di mana sahaja di dunia."

Ronaldinho, juga bercakap tentang mengapa bekas kelabnya PSG begitu popular di tanah airnya iaitu kerana adanya individu seperti Lucas Moura, Thiago Silva dan Thiago Motta.
Ronaldinho, Neymar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain