suria

Wenger Kena Gantung Empat Perlawanan

LONDON: Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) menggantung pengurus Arsenal, Arsene Wenger untuk empat perlawanan susulan tindakan kasarnya terhadap pegawai perlawanan.

Keputusan itu menyebabkan Wenger tidak dapat berada di tepi padang pada perlawanan melibatkan pasukannya.

Bagaimanapun, Wenger terlepas daripada penggantungan memasuki stadium apabila didapati menolak pegawai perlawanan keempat, Anthony Taylor di kawasan terowong di Stadium Emirates.

Kejadian itu berlaku pada perlawanan di mana Arsenal menang 2-1 ke atas Burnley, Sabtu lalu dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

FA berkata Wenger: "Menggunakan kata-kata kesat dan atau hinaan terhadap pegawai keempat" apabila dia diarah keluar padang oleh pengadil.

Kata badan induk itu lagi: "Berikutan penyingkirannya daripada kawasan teknikal, tingkah lakunya ketika di kawasan terowong serta tindakan fizikal terhadap pegawai keempat adalah kelakuan tidak wajar."

Wenger juga didenda AS$31,300 (RM138,768) selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Penggantungan itu bermula Sabtu apabila Arsenal dijadual bertemu Southampton dalam saingan Piala FA. 

Wenger, Arsenal

Artikel Sebelum

Mourinho Cabar Martial, Shaw

Artikel Berikut

Artikel Lain