suria

Van Gaal Umum Bersara Kerana Masalah Keluarga

Louis van Gaal
BEKAS pengurus Manchester United, Barcelona dan Bayern Munich, Louis van Gaal mengakhiri kariernya sebagai jurulatih, menyatakan keputusannya itu dibuat kerana masalah keluarga.

Lelaki berusia 65 tahun ini sempat bersama United selama dua musim selepas berjaya membawa pasukan Belanda menduduki tangga ketiga Piala Dunia 2014.


Bagaimanapun, sejak meninggalkan Old Trafford pada Mei 2016, dia tidak lagi bersama pasukan lain.

Perlawanan terakhirnya sebagai pengurus United adalah di final Piala FA 2016, ketika mereka menang 2-1 atas Crystal Palace.

Peranannya kemudian diambil alih oleh Jose Mourinho apabila van Gaal dipecat hanya beberapa jam selepas perlawanan terakhirnya itu.

"Saya fikir mungkin saya akan berhenti, kemudian saya fikir untuk bercuti sementara, tetapi sekarang saya tidak fikir saya akan kembali melatih," Van Gaal dipetik sebagai berkata dalam akhbar Belanda De Telegraaf.


Van Gaal juga pernah bertanggungjawab ke atas Ajax dan AZ.

Dia membuat pengumuman itu pada Isnin selepas menerima anugerah pencapaian sepanjang hayat daripada kerajaan Belanda untuk sumbangannya terhadap bola sepak negara.

Dia menyatakan bahawa isu-isu keluarga telah mendorong keputusannya, dipercayai sebahagiannya disebabkan oleh kematian mengejut suami kepada anak perempuannya bulan lalu.


"Banyak yang telah berlaku dalam keluarga saya, anda akan menjadi manusia biasa apabila berdepan dengan beberapa hakikat," katanya.

Pemain Belanda itu juga mendedahkan dia menolak tawaran lumayan untuk meneruskan karier kejurulatihannya di China.

“Saya boleh saja pergi ke Tiongkok, namun saya masih di sini. Banyak yang terjadi pada keluarga saya," katanya.

Van Gaal memenangi Liga Juara-Juara, Piala Uefa bersama sejumlah gelaran domestik di Sepanyol, Jerman dan Belanda. 


Pencapaian tertinggi Van Gaal:

Gelaran nasional: Ajax (1993-1994, 1994-1995, 1995-1996), Barcelona (1997-1998, 1998-1999), AZ Alkmaar (2008-09), Bayern Munich (2009-10)

Liga Juara-Juara: Ajax (1994-1995)

Piala UEFA: Ajax (1991-1992)

Piala FA: Manchester United (2015-16)
Louis van Gaal, bersara, jurulatih

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Serie A

Artikel Lain