suria

TRW Perlu Segera Perkemas Jentera Serangan

Zahasmi Ismail.

KOTA BARU: Pasukan bola sepak Kelantan The Red Warriors(TRW) perlu segera memperkemaskan jentera serangan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini yang akan membuka tirainya 21 Januari ini.

Ketua Jurulatih Kelantan, Zahasmi Ismail berkata TRW didapati masih lemah pada posisi serangan selepas mengharungi beberapa perlawanan ujian sebelum ini.

"Semasa perlawanan persahabatan, pemain di bahagian hadapan (penyerang) tidak boleh menjaringkan gol walau pun mempunyai peluang," katanya kepada pemberita selepas menjalani sesi latihan pasukan TRW di sini, petang Ahad.

Kelantan akan bertemu Melaka United dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini pada 21 Januari ini.

Zahasmi berharap kehadiran tiga pemain import iaitu Mohamed Ghaddar dari Lubnan, Cedric Djeugoue dan Okikiola Afolabi dari Nigeria, akan memperkuatkan pasukan itu.

"Saya berharap kehadiran pemain import ini iaitu dua penyerang dan seorang pertahanan akan dapat membantu pasukan memperolehi keputusan yang sebaik mungkin pada setiap perlawanan," katanya. - BERNAMA

TRW, Liga Malaysia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain