suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tandukan Ibrahimovic Bantu United Ikat Liverpool

ZLATAN Ibrahimovic muncul penyelamat Manchester United selepas tandukan lewat permainannya berjaya mengikat pencabar utama Liga Perdana Inggeris, Liverpool 1-1, awal pagi Isnin.

Anak buah Jurgen Klopp menyebabkan suasana di Old Trafford sunyi seketika apabila James Milner menyempurnakan penalti pada minit ke-27.

The Red dihadiahkan sepakan penalti selepas pemain sensasi United, Paul Pogba memegang bola.

Namun, ini bukan kali pertama Ibrahimovic menjadi wira United apabila menanduk masuk gol dari jarak dekat ketika perlawanan berbaki enam minit.

Ia merupakan gol ke-19 Ibrahimovic pada musim ini.

Walaupun sekadar seri Liverpool menduduki tangga ketiga liga dengan mengutip 45 mata manakala United keenam dengan 40 mata. 


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain