Mourinho Mahu Penyokong 'Beraksi' Ketika Menentang Liverpool - Sukan | mStar

Mourinho Mahu Penyokong 'Beraksi' Ketika Menentang Liverpool

KEMENANGAN sembilan perlawanan berturut-turut yang dicatatkan oleh Manchester United belum memadai buat pengurusnya, Jose Mourinho untuk menarik nafas lega mengembalikan prestasi terbaik kelab itu.

Sebaliknya menjelang pertemuan dengan seteru tradisi, Liverpool pada Ahad ini merupakan antara ujian paling getir buat Mourinho menghidupkan peluang menempah slot Liga Juara-Juara pada musim depan.

Aksi pada Piala Liga awal pagi Rabu ketika menang 2-0 ke atas Hull City pada pusingan separuh akhir pertama, sudah cukup membayangkan kebimbangan pengurus kelahiran Portugal itu yang menyuarakan kekecewaan terhadap persembahan hambar anak buahnya di laman sendiri.

Malah selepas perlawanan berakhir, Mourinho tidak teragak-agak untuk menggesa semua pihak termasuk dirinya sendiri agar menampilkan aksi yang lebih baik ketika bertemu pasukan bimbingan Jurgen Klopp.

"Pemain perlu lebih berusaha, saya juga perlu berusaha lebih baik dan penyokong juga harus melakukan perkara yang sama.

"Kami memainkan peranan untuk menarik perhatian penyokong dalam setiap perlawanan.

"Jika kami bermain dengan baik dan bersemangat, penyokong juga akan menampilkan sokongan yang setara.

"Perlawanan Ahad ini sangat istimewa buat kami, buat penyokong United, jadi nasihat saya, datang "bermain" dengan kami," katanya.

United berada di tangga keenam liga dengan mengumpul 39 mata dipisahkan tiga mata di belakang Manchester City yang berada di tempat keempat dengan 42 mata.

Artikel Sebelum

Faiz Subri Terima Insentif RM150,000

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain