MANCHESTER United bakal rentak bagi mempertahankan Piala FA dengan mara ke pusingan keempat bertemu Wigan hujung bulan ini.
Selepas menyingkir skuad Reading kendalian Jaap Stam 4-0 pada pusingan ketiga Sabtu lalu, United diundi bertemu anak buah Warren Joyce.
Nama Joyce di Old Trafford sememangnya tidak asing lagi memandangkan sebelum ini dia merupakan bekas jurulatih simpanan sebelum berpindah ke Stadium DW November lalu.
United dilihat semakin konsisten untuk merebut trofi musim ini dan bakal memulakan saingan separuh akhir Piala Liga (EFL Cup) bertemu Hull pukul 4 pagi Rabu, sebelum aksi 32 kumpulan Liga Europa.
Sementara itu, pendahulu Liga Perdana, Chelsea bakal menerima kunjungan Brenford ke Stamford Bridge.
Manakala Liverpool bakal berdepan dengan Wolverhampton Wanderers sekiranya anak buah Jurgen Klopp itu menang ke atas Plymouth pada aksi ketiga nanti.
Senarai penuh undian Piala Liga Inggeris Pusingan 4 yang bakal berlangsung dari 27-30 Januari ini:
Tottenham lwn Wycombe
Derby lwn Leicester
Oxford lwn Birmingham/Newcastle
Sutton/AFC Wimbledon lwn Cambridge or Leeds
Liverpool/Plymouth lwn Wolves
Southampton/Norwich lwn Arsenal
Ipswich/Lincoln lwn Brighton
Chelsea lwn Brentford
Manchester United lwn Wigan
Millwall lwn Watford
Rochdale lwn Huddersfield
Sunderland/Burnley lwn Bristol City/Fleetwood
Blackburn lwn Barnsley/Blackpool
Fulham lwn Hull
Middlesbrough lwn Accrington Stanley
Bolton/Crystal Palace lwn Manchester City


