suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gol Giroud Bantu Arsenal Mara Pusingan Keempat Piala FA

Olivier Giroud ketika menjaringkan gol pada perlawanan pusingan ketiga Piala FA ketika menentang Preston North End. Foto Reuters

PEMAIN Arsenal, Olivier Giroud tampil sebagai penentu kemenangan pasukan itu dengan catatan 2-1 pada pusingan ketiga Piala FA ketika menentang Preston North End.

Bertempat di Stadium Deepdale, England pada Sabtu malam, perlawanan itu bagaimanapun dikejutkan dengan gol Callum Robinso dari Preston hanya pada tujuh minit pertama permainan.

Pasukan tuan rumah itu ternyata mempamerkan keunggulan mereka dengan 1-0 pada babak pertama.

Bagaimanapun, minit pertama pada babak kedua, Arsenal berjaya menyamakan kedudukan menerusi aksi pemain Aaron Ramsey pada minit ke-46.

Satu lagi gol Arsenal menerusi aksi Giroud pada minit ke-89 sekali gus menyelamatkan kelab itu daripada ditewaskan tuan rumah.

Gol tersebut merupakan jairngan Giroud yang ke-10 berdasarkan semua permainan musim ini.

Kemenangan itu menyaksikan Arsenal mara ke pusingan keempat Piala FA.




Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Liga Divisyen Satu

Artikel Lain